SELANGOR

Akademi SSTC lancar Program Sekolah Keusahawanan

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA LUMPUR, 23 JUL: Bidang keusahawanan sepatutnya dipelopori oleh graduan masa kini supaya menjadi nilai tambah terhadap elemen pembelajaran sedia ada.

Oleh sebab itu, Akademi SST & Consultancy (SSTC) mula melancarkan Program Sekolah Keusahawanan & MSMEs (SME) bermula hari ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Sugunadevi Arjunan berkata, beliau berharap supaya graduannya menjadi individu yang mewujudkan peluang pekerjaan bukannya semata-mata mencari pekerjaan.

“Sekiranya graduan ini menjadi usahawan, ia sekaligus membolehkan Kerajaan Selangor mencapai visi dan misinya dengan melihat lebih ramai golongan usahawan dilahirkan dalam kalangan anak muda.

“Kami juga mahu melahirkan graduan yang mempunyai modal insan berkualiti, bukan saja melahirkan graduan mahir semata-mata,” katanya ketika pelancaran SEM di Menara Petronas hari ini.

Sugunadevi berkata, Akademi SSTC telah ditubuhkan sejak 14 tahun lalu dengan melahirkan grduan dalam pelbagai bidang.

Katanya, pihaknya turut berbesar hati kerana telah diakreditasi oleh Kerajaan Selangor bagi melatih golongan muda melalui Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKHTISASS).

“Melalui kerjasama ini kita melatih anak-anak muda dalam bidang teknikal, vokasional dan kemahiran profesional pada peringkat negeri, dan juga boleh dibawa ke peringkat lebih tinggi.

“Akademi SSTC juga sedang dalam perancangan strategik bersama beberapa pihak termasuk negara luar seperti Korea dan Taiwan bagi membawa kolej ini ke arah yang lebih gemilang di mata pelbagai pihak,” katanya.

 


Pengarang :