SUKANKINI

Cub Prix: Afif juara CP150 di Jasin

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 22 JULAI: Ahmad Afif Amran menggunakan kelebihan dimiliki dalam cuaca hujan dan litar basah, untuk kemenangan keduanya dalam saingan CP150 setelah menjuarai Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jasin, Melaka, hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu berjaya memintas pendahulu perlumbaan, Kasma Daniel Kasmayuddin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) pada pusingan terakhir untuk kekal pendahulu keseluruhan dengan 70 mata selepas tiga pusingan kejuaraan.

Pada peringkat awal perlumbaan, Kasma berada di petak kedua bermula dengan baik, merampas kedudukan pertama daripada Hafiz Nor Azman yang bermula dari petak hadapan dan diekori rapat Afif.

Walaupun cuba menjarakkan diri, Afif terus memberikan tekanan kepada Kasma sebelum berjaya memintas bagi menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’24.720s.

Kasma yang terjatuh ketika Afif membuat percubaan untuk memintas bagaimanapun berjaya meneruskan perlumbaan untuk berada di kedudukan kedua dengan masa keseluruhan 16’34.308s manakala Mohd Hafiza Rofa (ONEXOX TKKR Racing) meraih podium pertamanya musim ini (ketiga) (16’35.470s).

“Saya tidak mahu terburu-buru memintas Kasma dan cuba mengekori dengan melihat kemampuan jentera di samping cuba memberikan tekanan kepada Kasma.

“Sebaik masuk ke pusingan terakhir, saya mencari ruang untuk memintas dan gembira kerana berjaya, terima kasih kepada pasukan yang telah bekerja keras,” kata Afif.

Gelaran naib juara membantu Kasma terus kekal di tangga kedua keseluruhan dengan 61 mata manakala Hafiz (ketiga) (29 mata).

Dalam saingan CP115, Tengku Amirul Haffirudin terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan dengan 75 mata maksimum setelah mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dengan masa keseluruhan 13’16.134s.

Pelumba kelahiran Melaka, Hafizuddin Azahar menceriakan penyokong tuan rumah apabila muncul naib juara dengan masa 13’23.918s diikuti Shafiq Ezzariq (Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing), ketiga (13’30.490s).

Dalam saingan WIRA KBS, pelumba pengganti SIC Junior Team AFB Tech, Izam Ikmal Izamli berjaya meraih juara selepas pertarungan sengit bersama dua pelumba, Fadlyshah Redzuan (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) dan rakan sepasukan, Danial Syahmi.

Izam bermula dari petak pertama menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa 10’56.281s manakala Danial kekal menerajui kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 66 mata.

Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS akan berlangsung di Temerloh, Pahang pada 18 dan 19 Ogos.

KEPUTUSAN PUSINGAN 3 – JASIN, MELAKA

CP150

1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 16:24.720s
2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 16:34.308s
3. Md Hafiza Rofa (TRG) ONEXOX TKKR Racing Team 16:35.470s
4. Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 16:54.545s
5. Md Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 16:54.624s

Kedudukan Keseluruhan

1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 70 mata
2. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 61 mata
3. Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 29 mata
4. Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 25 mata
5. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 24 mata

CP115

1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 13:16.134
2. Md Hafizuddin Azahar (MLK) Persendirian 13:23.918
3. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 13:30.490
4. Md Zikri Ahmad Zamri (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:31.497
5. Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Super KIP Honda Racing Academy 13:31.957

Kedudukan Keseluruhan

1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 75 mata
2. Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 42 mata
3. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 37 mata
4. Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 35 mata
5. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 35 mata

WIRA KBS

1. Md Izam Ikmal Izamli (KUL) SIC Junior Team AFB TECH Racing 10:56.281s
2. Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 10:56.903s
3. Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 10:57.046s
4. Md Hazim Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta YAMAHA 11:07.473s
5. Md Afizad Supaat (SGR) Super KIP Honda Racing Academy 11:07.735s

Kedudukan Keseluruhan

1. Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 66 mata
2. Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 49 mata
3. Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 36 mata
4. Md Izam Ikmal Izamli (KUL) SIC Junior Team AFB TECH Racing 25 mata
5. Abdullah Qayyum A Razak (SGR) PETRONAS Sprinta YAMAHA 23 mata


Pengarang :