SUKANKINI

Cub Prix: Afif pintas Akid, raih kemenangan dramatik di MAEPS

OLEH HAFIZAN TAIB

SEDANG, 8 JUL: Ahmad Afif Amran mempamerkan tunggangan cukup bertenaga dan dramatik untuk menjuarai perlumbaan CP150 pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 di Litar MAEPS, Serdang di sini, hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ itu bermula dari petak ketiga mengerah seluruh tenaga jentera di selekoh terakhir dan bersaing sengit sehingga ke garisan penamat, berjaya menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 15’52.716s, hanya berkelebihan 0.028s berbanding Mohd Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor).

Akid yang menguasai hampir keseluruhan perlumbaan terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua (15’52.744s) manakala rakan sepasukan, Kasma Daniel Kasmayudin di tempat ketiga (15’55.635s).

“Saya memang menanti sehingga ke penghujung perlumbaan untuk cuba memintas Akid kerana yakin jentera mempunyai kelebihan dan selepas melihat ada ruang, saya tidak teragak-agak untuk melakukannya serta kami bersaing sengit sehingga ke garisan penamat.

“Saya gembira dengan kemenangan ini terutama setelah berjaya menewaskan Akid yang menguasai sepenuhnya semua sesi sepanjang dua hari perlumbaan minggu ini,” kata Afif kini naik ke tangga teratas keseluruhan dengan 45 mata.

Kasma yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga berada di kedudukan kedua keseluruhan (41 mata) manakala rakan sepasukan Afif, Mohd Hafiz Nor Azman (ketiga) (29 mata).

Sementara itu, gelaran CP115 menjadi milik Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) yang menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 12’22.820s diikuti rakan sepasukan, Md Fareez Afeez dan Md Haziq Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) ketiga.

Dua kemenangan berturut-turut meletakkan Tengku Amirul kekal di tangga teratas dengan 50 mata manakala Afeez dan Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) berkongsi kedudukan dengan 33 mata.

Dalam saingan WIRA KBS, Md Danial Syahmi (SIC Junior Team AFB Tech Racing) meraih kemenangan kedua berturut-turut sekali gus mendahului kedudukan keseluruhan dengan 50 mata.

Danial menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa 10’08.335s menewaskan Md Alif Ashraf Tahirudin (PETRONAS Sprinta Yamaha) dengan kelebihan 7.001s manakala Md Fadlyshah Redzuan (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) ketiga.

Alif Ashraf berada di kedudukan kedua keseluruhan (36 mata) manakala Fadlyshah ketiga (29 mata).

KEPUTUSAN

CP150

1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 15’52.716s
2. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15’52.744s
3. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15’55.635s
4. Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 15’56.625s
5. Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 15’59.147s

Kedudukan Keseluruhan
1. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 45 mata
2. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 41 mata
3. Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 29 mata
4. Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 22 mata
5. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 20 mata

CP115
1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 12’22.820s
2. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 12’25.182s
3. Md Haziq Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 12’27.840s
4. Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 12’31.953s
5. Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 12’32.776s

Kedudukan Keseluruhan
1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 50 mata
2. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 33 mata
3. Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – 33 mata
4. Md Haziq Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 33 mata
5. Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 22 mata

WIRA KBS
1. Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB Tech Racing 10’08.335s
2. Md Alif Ashraf Tahirudin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha 10’15.336s
3. Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 10’22.688s
4. Abdullah Qayyum A Razak (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha 10’22.728s
5. Md Afizi Supaat (SGR) ELF Koyoko Honda KC Racing 10’24.177s

Kedudukan Keseluruhan
1. Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB Tech Racing 50 mata
2. Md Alif Ashraf Tahirudin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha 36 mata
3. Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 29 mata
4. Md Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB Tech Racing 20 mata
5. Md Sharul Ezwan M Sharil (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 17 mata


Pengarang :