NASIONAL

Dewan Rakyat kecoh, “malu pada anak-anak”

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Sesi pagi hari pertama persidangan Dewan Rakyat berlangsung tegang apabila ahli parlimen Pakatan Harapan (PAKATAN) dan Barisan Nasional (BN) bertelagah sesama sendiri.

Kekecohan bermula apabila Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul Ghani membentangkan usul terima kasih terhadap titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, semalam.

Dalam ucapannya, beliau turut menyelitkan beberapa insiden sebagai contoh sikap tidak menghormati Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang bersetuju dengan kenyataan itu kemudian mengimbas kembali kejadian membabitkan mendiang bapanya, Karpal Singh dikepung anggota Pemuda Umno.

Bagaimanapun, kenyataannya itu menimbulkan rasa kurang senang blok pembangkang.

Ketika suasana semakin tegang, ahli parlimen PAKATAN menyeru semua ahli parlimen BN menghentikan sikap memalukan itu.

“Sudahlah, malu pada anak kita di belakang itu tengok kelakuan kita,” katanya.

Difahamkan, sekumpulan pelajar sekolah mengadakan lawatan ke Parlimen, hari ini.

 


Pengarang :