EKONOMI

FBM KLCI boleh melepasi paras 1,800 pada hujung tahun – Kenanga Investors

KUALA LUMPUR, 23 JUL: Kenanga Investors Bhd optismik, namun berhati-hati terhadap penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melepasi paras 1,800 pada akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Ismitz Matthew De Alwis berkata, rintangan segera bagi indeks itu ialah 1,780, yang dijangka dicapai pada Oktober atau Novermber sebelum terus menambah sehingga 1,800 pada akhir tahun.

“Saya optimistik, namun berhati-hati untuk kita mencapai paras 1,800 pada akhir tahun,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pembukaan pada Simposium Perancangan Kewangan Khusus Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara faktor mempengaruhi pasaran ekuiti tempatan ialah ketidaktentuan dunia akibat Brexit dan polisi perlindungan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, selain kembalinya pengurus dana daripada percutian musim panas.

“Dengan kembalinya pengurus dana daripada percutian musim panas, mereka akan melaksanakan sesuatu bagi suku terakhir bermula Oktober,” katanya.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :