SELANGOR

Jadikan Selangor kebanggaan rakyat, mampu bersaing di Asia Tenggara

OLEH NAZLI IBRAHIM

BANGI, 9 JUL: Selangor bukan sahaja mahu diangkat sebagai contoh kepada negeri lain di Malaysia tetapi kebanggaan rakyat ekoran kemampuannya bersaing, di rantau Asia Tenggara.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, beliau mengambil inspirasi ungkapan pemimpin Athens, Pericles, seperti dirakamkan Thucydides dalam karyanya, History of Peloponnesian War.

“Ini apa yang diungkapkan Pericles dan dirakamkan oleh Thucydides dalam karyanya History of Peloponnesian War iaitu kerajaan kita mahu menjadi contoh kepada negeri lain dan adalah benar kita menjunjung demokrasi kerana pemerintahan ini ditentukan rakyat.

“Manakala, keadilan adalah dijamin untuk semua dan pengiktirafan terhadap kecemerlangan menjadi asas sebagai penilaian terutama untuk berkhidmat kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perlawanan Akhir Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pengajian Tinggi yang menemukan pasukan debat Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amirudin berkata, beliau juga bercita-cita seperti Pericles yang mahu mengangkat Selangor sebagai contoh yang mampu bersaing, di Asia Tenggara.

Ketika menyentuh budaya debat yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, Amirudin percaya debat wajar dikembangkan lagi.


Pengarang :