AGAMASELANGOR

JAIS anjur ‘Sehati Sejiwa’ buat pasangan berkahwin

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 10 JULAI: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempelawa pasangan yang sudah berkahwin menyertai Kursus Pasca Perkahwinan Islam Selangor ‘Sehati Sejiwa’, di Hotel De Palma Ampang, pada 13 Julai ini.

Wakil dari Seksyen Pusat Pembangunan Keluarga Islam, Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS berkata, program itu mempelawa pasangan suami isteri yang sudah berkahwin dalam tempoh enam hingga 10 tahun.

“Tempat penginapan dan makan minum akan disediakan penganjur, sementara pengangkutan serta penjagaan anak di bawah tanggungjawab peserta.

“Kami sasarkan 25 pasangan akan menyertai acara ini dan setakat ini hampir separuh pasangan mendaftarkan diri,” katanya kepada SelangorKini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Seksyen Pusat Pembangunan Keluarga Islam, Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS di talian 0355143595.


Pengarang :