NASIONAL

Jawatankuasa khas siasat punca kebakaran KBC – Bomba

CHUKAI 7 JUL: Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menyiasat punca kebakaran tangki minyak mentah di Kemaman Bitumen Company (KBC) Sdn. Bhd. di sini, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Azlimin Mat Noor.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan melakukan siasatan terperinci memandangkan kebakaran itu adalah kes berprofil tinggi yang melibatkan kerugian berjuta ringgit.

“Mengikut prosedur kita, laporan perlu disiapkan dalam tempoh tiga minggu untuk penyiasatan ini, kita akan lakukan sendiri dengan penglibatan pegawai-pegawai dari ibu pejabat.

“Siasatan juga akan memanggil perunding dan pereka bentuk tangki tersebut untuk memberi keterangan yang diperlukan,” katanya kepada pemberita di sini.

Pada hari kedua operasi memadam kebakaran di kilang tersebut hari ini, jumlah anggota bomba terus bertambah kepada 146 orang pegawai dan anggota daripada JBPM Terengganu serta bantuan 50 anggota dari JBPM Pahang.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :