EKONOMINASIONAL

Kisah penjual kicap buat Shuib Sepahtu terinspirasi

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 30 JUL: Kisah kejayaan pembekal Kicap Mudim, Fatimawati Ahmad meraih 2017 Tesco Top 10 SME’s Supplier Award seperti yang disiarkan di SelangorKini baru-baru ini turut memberi inspirasi kepada artis popular, Shuib Sepahtu.

Shuib berkata, kejayaan Fatimawati itu membuatkan beliau lebih yakin produk berasaskan madu keluaran Bee Factory milikinya juga mampu mendapat tempat di pasaran.

“Terinspirasi pula dengan cerita kicap ini. Tiada perkara yang mustahil, macam itu juga saya memandang industri perniagaan madu.

“Saya memandang jauh potensi madu untuk pasararan dalam dan luar negara. Madu Malaysia antara terbaik dunia, jadi kenapa tidak kalau saya buat sampai jadi.

“Insha Allah terus sokong, Bee Factory. Kicap boleh tak kan madu madu tak boleh,” katanya dalam catatan laman sosial akaun instagramnya.

Kenyataan Shuib itu turut disukai beberapa selebriti terkenal seperti pelakon Hairul Azreen dan Bell Ngasri.

Selain menarik minat selibiriti terkenal, catatan Shuib itu juga menerima reaksi Fatimawati sendiri.

“Kalau saya yang biasa-biasa pun boleh buat, saya pasti anda boleh buat lebih baik,” komennya.

Terdahulu, SelangorKini melaporkan kejayaan Fatimawati meraih 2017 Tesco Top 10 SME’s Supplier Award selepas lebih 11 tahun mengharungi pelbagai cabaran.

Beliau berkata, pada peringkat awal memulakan perniagaan, beliau kerap diketawakan apabila mengaku sebagai pengedar kicap.

BACA; https://selangorkini.my/2018/07/11-tahun-lalu-diketawakan-jual-kicap-hari-ini-terima-anugerah/


Pengarang :