HONOLULU – Japanese Emperor Akihito and Empress Michiko finish greeting dignitaries and prepare to depart the National Memorial Cemetery of the Pacific, July 15. The couple visited Punchbowl Cemetery to lay a wreath and pause for a moment of silence. (Official U.S. Marine Corps photo by Lance Cpl. Achilles Tsantarliotis)(Released)
GLOBAL

Maharaja Jepun gering, batal tugas rasmi

TOKYO – Maharaja Jepun, Akihito membatalkan tugas rasminya selepas mengalami pening dan loya akibat ‘anemia serebrum’, keadaan disebabkan otak tidak menerima aliran darah mencukupi, kata pegawai istana, hari ini.

Akihito, 84, yang menduduki takhta selama hampir tiga dekad menghabiskan kebanyakan masanya menyembuhkan luka perang, dijangka turun takhta 30 April 2019 dalam tindakan pertama seorang maharaja Jepun selama hampir dua abad.

Agensi Keluarga Diraja, yang menguruskan hal ehwal keluarga diraja berkata, Akihito didiagnosis dengan anemia serebrum selepas mengadu loya dan pening.

Beliau dipantau ketika berehat di Istana Diraja di sini, kata agensi itu.

Akihito, yang pernah menjalani pembedahan jantung dan rawatan untuk kanser prostat berkata pada 2016, beliau bimbang usianya yang lanjut menyebabkannya sukar meneruskan tugas diraja.

Pewaris Akihito adalah anaknya, Putera Mahkota Naruhito, 58. -Reuters


Pengarang :