SELANGOR

MB: Biar Peguam Negara, pihak berkaitan siasat kes mantan PM

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 JUL: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menyerahkan kepada Pejabat Peguam Negara dan pihak berkaitan bagi menjalankan tanggungjawab sebaiknya terhadap kes menbabitkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“Biar mahkamah melaksanakan urusan mereka, biar pihak pendakwa raya dan Peguam Negara meneruskan tanggungjawab mereka.

“Saya tidak mahu gangguan (terhadap segala siasatan) dengan komen tidak wajar,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Amirudin berkata demikian terhadap isu mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak didakwa tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah membabitkan menyalahguna jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

“Saya rasa sangkaan dan juga hipotesis selama ini akan dapat dinilai umum dalam kes berlangsung namun masih terlalu awal (untuk tujuan berkenaan),” katanya.


Pengarang :