BERITA UTAMASELANGOR

MB: Kerjasama dipertingkat, polis Selangor jamin keselamatan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 JUL: Kerajaan Negeri dan pihak polis di Selangor akan terus mengukuhkan kerjasama bagi memastikan pembangunan negeri berterusan dan keselamatan rakyat tidak terjejas.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kerjasama erat terjalin akan membuka lebih banyak peluang dalam mebentuk kerjasama erat antara kedua pihak.

“Dalam sesi takilmat dibentangkan Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berhubung isu keselamatan, jenayah, perkhidmatan polis di Selangor, ia memberi gambaran terhadap keadaan negeri ini demi memastikan keselamatan rakyat dalam keadaan terbaik.

“Ini sangat prerlu bagi menjamin pembangunan dan kemajuan Selangor tidak terancam dengan isu jenayah dan keselamtan,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata, terdapat beberapa potensi antaranya bagaimana aplikasi ‘Smart State’ telah dilaksanakan, boleh digunakan untuk tujuan keselamatan seperti kegunaan kamera litar tertutup (CCTV) di Selangor.

Katanya, ia turut berkaitan kepimpinan negeri seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, (JKKK), Jawatankuasa Penduduk (JKP) dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) yang dapat membantu polis dalam pengawalan isu jenayah seperti jenayah jalanan yang berlaku di persekitaran.

“Ia termasuk fungsi Kerajaan Negeri bagi mempermudahkan penempatan logistik juga kedudukan Ibu Pejabat Polis seperti IPK dan IPD serta Balai Polis.

“Isu disentuh saya percaya sangat baik untuk diperhalusi dan dibincangkan bersama,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, barisan Exco Kerajaan Negeri; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’Mohd Amin Ahmad Ahya; Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’Nik Suhaimi Nik Sulaiman dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Nor Azmie Diron.


Pengarang :