SASTERA

Mencari Kata Untuk Mencintai Kamu

Sudah habis kata-kata buat memujuk liarnya rasa.Belenggu jiwa masih tak mahu bebaskan aku. Setiap malam aku menulis puisi, mencari suatu nama yang dapat aku bukukan selamanya di dalam hati.

Kita saling kesejukan dalam api yang marak menyala. Menanti selesa dalam dakap hujan yang belum tiba. Bulan masih enggan lena dipeluk langit yang setia. Lalu bisakah aku memejam sepasang mata sedang bintang-bintang memusuhi seluruh rasa?

Kamu adalah impian yang terpaksa aku tinggalkan di pinggir laluan.Sederas hujan, aku perlu pergi memisah takdir dan harapan. Aku mencari bayang yang hilang, rupanya terkandas dalam mimpi yang tak mahu kembali.

 

Rozalia Razali

Kabong, Sarawak


Pengarang :