PENDIDIKANSELANGOR

Minggu Tekad Siswa: Terbesar dalam sejarah UNISEL

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 4 JUL: Lebih 1,000 pelajar baharu Universiti Selangor (UNISEL) sesi Jun 2018, menyertai Minggu Tekad Siswa (MTS) di Dewan Canselor, Kampus Bestari Jaya.

Presiden dan Naib Canselornya, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan berkata, minggu suai kenal itu adalah terbesar dalam sejarah universiti berkenaan.

“Ia ekoran limpahan jumlah kemasukan pelajar mendaftar untuk program prasiswazah dan pasca siswazah pada 30 Jun lalu,” katanya semasa menghadiri Majlis Bacaan Ikrar Program itu.

Pada masa sama, Prof. Redzuan berkata, pendidikan merupakan medium penting untuk membina masa depan diri, bangsa dan keluarga.

Oleh sebab itu katanya, UNISEL amat menitikberatkan kecemerlangan setiap pelajar dengan menyediakan tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang masing-masing.

“Diharapkan UNISEL mampu melahirkan ramai pakar mahir dalam pelbagai bidang supaya Malaysia dapat berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju lain.

“Maka, peluang keemasan ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dan berharap pelajar dapat menggunakan segala kemudahan disediakan.

“Sekali lagi tahniah diucapkan kerana membuat pilihan yang tepat,” katanya.


Pengarang :