BERITA UTAMANASIONAL

Najib Didakwa: 7 pembela, Tommy Thomas ketuai pendakwaan

OLEH: AFIQ REDZUAN
FOTO: Mohd Khairul Fikri Mohd Yusof

KUALA LUMPUR:4 JUL: Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa hari ini serta orang ramai yang mahu mendapatkan perkembangan terkini.

Ia susulan pendakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadi beliau dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pada jam 8.17 pagi di Kompleks Mahkamah KL dengan kereta Proton Inspira berwarna merah yang diiringi beberapa kenderaan serta motosikal polis.

Sebaik tiba di kompleks berkenaan, Najib dikawal ketat dengan diiringi pasukan polis dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dibawa masuk ke bangunan mahkamah.

Bekas Menteri Kewangan itu dilihat memakai sut lengkap berwarna gelap, kemeja biru dan bertali leher.

Beliau kelihatan tenang ketika berhadapan dengan media serta orang ramai.

Semalam, Pasukan Petugas Khas Siasatan 1MDB mengesahkan Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 2.35 petang sebelum dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Najib dibawa masuk ke dalam Mahkamah Sesyen Jenayah 2 pada jam 8.25 pagi ini, sebelum pasukan pendakwaan memasukinya jam 8.40 pagi.

Pasukan pendakwaan :

1. Tommy Thomas

2. Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria

3. Manoj Kurup

4. Datuk Shuhaimi Ibrahim

5. Datuk Umar Saifuddin Jaafar

6. Datuk Ishak Mohd Yusof

7. Donald Joseph Franklin

8. Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi

9. Budiman Lutfi Mohamed

10. Sulaiman Kho Kheng Fuei

11. Mohd Ashrof Adrin Kamarul

12. Muhammad Izzat Fauzan

Pasukan peguam bela Najib:

1. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

2. Harvinderjit Singh

3. Datuk Raj Krishnan

4. Farhan Read

5. Rahmat Hazlan

6. Muhamad Farhan Muhamad Shafee

7. Syahirah Hanapiah


Pengarang :