Menurut satu kenyataan, tangkapan tersebut telah dibuat di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

Najib akan didakwa esok pada pukul 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.

 Berita penangkapan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi trending dalam tempoh kurang satu jam di laman twitter.
Tinjauan SelangorKini mendapati hampir 4,000 tweet mengenai berita itu dengan #MACC (Malaysian Anti-Corruption Comission).