SASTERA

Permainan Dusta Tidak Menjadi

Kau wajar sekali masuk
ke dalam cangkerang kura-kura
menyembunyikan segala buruk
setelah tertanggal kulit pura-pura.

Alam pun enggan menatapmu mesra
rasa hormat sudah kehilangan magis
seperti lemah gerimis
tak mampu lagi menakung simpati
di tempurung hati.

Tak perlu kami cari
jawapan semua teka-teki
kerana persembahan silap matamu
ketara permainan dusta tidak menjadi
dan akhirnya menjelmakan pelawak sarkas
tanpa maruah yang berbekas.

Abizai
Miri, Sarawak


Pengarang :