PELANCONGANSELANGOR

Produk sarang burung Kuan Wellness Ecopark curi tumpuan China

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

KUALA LANGAT, 21 JUL: Kuan Wellness Ecopark memacu perkembangan positif sebagai pengeksport produk makanan kesihatan berasaskan sarang burung ke China.

Pengarah Urusannya, K.K. Kuan berkata, 90 peratus kadar eksport ke negara itu membabitkan jumlah sehingga 400 tan untuk tempoh setahun.

Katanya, Kuan Wellness Ecopark antara destinasi pelancongan berkonsepkan taman ekologi yang menerima kunjungan hampir kebanyakan pelancong dari China.

“Pengunjung terutamanya dari China kerap berkunjung ke sini untuk melihat sendiri proses dijalankan oleh kami dalam penghasilan ubat-ubatan berbentuk suplemen kesihatan.

“Kebanyakan mereka obses dan suka benda seperti ini, mustahil kalau mereka tidak tertarik dengan produk ini kerana ia diyakini mampu menguatkan sistem imunisasi badan dan baik untuk kesihatan.

“Jadi pengunjung yang datang kami akan bawa ke ‘cafe’ yang memberi peluang kepada mereka merasa benih sarang burung dan makanan kesihatan,” katanya.

Beliau bercakap kepada SelangorKini ketika ditemui pada ‘Media Familirization Trip’ Tourism Selangor, di sini, semalam.

Terdahulu, Kuan Wellness merupakan pelopor utama dalam penanaman dan pengeluaran sarang burung di negara ini

Selain berperanan sebagai pusat penyelidikan sarang burung walit, ia turut menyediakan mini zoo atau ‘petting zoo’ yang melindungi haiwan seperti arnab, ikan talapia dan burung nuri.

Terdapat juga haiwan terkawal lain antaranya ayam belanda, musang dan landak.


Pengarang :