EKONOMINASIONALRinggit

Ringgit kukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, kata peniaga.

Pada 9 jam pagi, ringgit disebut pada 4.0350/0400 berbanding dolar AS, berbanding 4.0380/0420 Jumaat lalu, lapor BERNAMA.

“Kami jangka aktiviti dagangan meningkat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia, pada Rabu dengan ringgit didagangkan lebih kukuh.

“Dengan harga minyak dijangka meningkat, ringgit dijangka mendapat lebih banyak sokongan daripada sektor komoditi,” katanya.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan lemah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9726/9767 daripada 2.9672/9712 dan lebih lemah berbanding yen kepada 3.6522/6578 daripada 3.6497/6536 Jumaat.

Ringgit lebih lemah berbanding euro pada 4.7419/7482 daripada 4.7277/7340 dan susut berbanding pound British kepada 5.3613/3684 berbanding 5.3419/3476.

Sementara itu, saham di Bursa Malaysia didagangkan lebih rendah, pada awal dagangan ekoran sentimen belian lemah susulan ketegangan geopolitik antara China dan AS terus memuncak.

Pada jam 9.24 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.28 mata, pada 1,662.58 daripada 1,663.86 penutup Jumaat.

Bagaimanapun, ia dibuka 0.1 mata lebih kukuh pada 1,663, jam 9 pagi


Pengarang :