SELANGOR

Sambutan rumah terbuka PNSB berlangsung meriah

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 2 JUL: Rumah Terbuka Aidilfitri Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) berlangsung meriah di Dewan Bunga Tanjung, Kelab Shah Alam, di sini.

Bermula sekitar jam 11 pagi, tetamu yang hadir terdiri daripada wakil anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC), rakan perniagaan dan kakitangan Kerajaan Negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Dato’ Seri Ahmad Omar mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu yang sudi memeriahkan sambutan rumah terbuka mereka.

“Menjadi satu kelaziman kita mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun.

“Tujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara PNSB dengan jabatan lain di Selangor selain kehadiran rakan perniagaan,” katanya.

Antara wakil Kerajaan Negeri yang hadir adalah Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Nor Azmie Diron dan Pegawai Daerah Gombak, Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim.


Pengarang :