NASIONAL

Tabung Harapan cecah lebih RM132 juta

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 2 JUL : Sejumlah RM132,225,355.92 terkumpul dalam Tabung Harapan Malaysia (THM), setakat jam 3 petang tadi.

Jumlah itu berjaya dikumpulkan sejak ia dilancarkan pada 30 Mei lalu dan dimaklumkan menerusi laman web Kementerian Kewangan.

Penubuhan tabung itu diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membolehkan rakyat Malaysia menyumbang membantu menangani masalah hutang negara yang kini lebih RM1 trilion.

Penubuhannya membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan ikhlas rakyat itu secara sistematik dan telus.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660 1062 6452 dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia).

Terdahulu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pernah berkata, sumbangan derma yang disalurkan kepada THM akan hanya digunakan untuk membayar hutang kerajaan.


Pengarang :