NASIONAL

Tiga lagi menteri akan dilantik

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 2 JULAI: Tiga lagi menteri akan dilantik dalam Kabinet baru kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) menjadikan keseluruhan 29 menteri berbanding 26 yang sudah diisi sekarang.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketiga-tiga calon menteri itu bagaimanapun perlu dilantik menjadi Senator terlebih dulu sebelum menjadi menteri.

“Mereka perlu diangkat menjadi Senator dulu sebelum angkat sumpah, selagi kita tak ada acara mengangkat sumpah menjadi Senator, mereka tak boleh (menjadi menteri).

“Sepatutnya ada 29 orang, sekarang ada 26 menteri, jadi ada tiga orang lagi akan dilantik,” katanya dipetik Berita Harian selepas upacara mengangkat sumpah bagi jawatan 13 Menteri dan 23 Timbalan Menteri di Istana Negara di sini, hari ini.


Pengarang :