GLOBAL

Tiga pemain bola sepak Thailand berjaya dikeluarkan

CHIANG RAI 8 JUL: Sekurang-kurangnya tiga pemain bola sepak kanak-kanak Thailand berjaya dikeluarkan daripada sebuah gua dinaiki air di utara negara itu, ketika pasukan penyelamat semakin kesuntukan masa, lapor laman berita Singapura, The Straits Times.

Kanak-kanak lelaki pertama muncul pada jam 5.37 petang kemudian diikuti mangsa kedua pada jam 5.50 petang, lapor agensi berita Thailand, Kahosod. Stesen televisyen Thailand, Spring News berkata, tiga kanak-kanak lelaki berjaya diselamatkan menerusi Twitter.

Namun, tiada pengumuman rasmi dibuat, setakat ini.

SUMBER: Agensi/ The Straits Times


Pengarang :