BERITA UTAMASELANGOR

TKPM peluang petani kembangkan perniagaan

OLEH AFIX REDZUAN

SUNGAI KANDIS, 20 JUL: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berbesar hati menyampaikan insentif pembinaan Rumah Malaysia Good Agricalture Practice (My-GAP) kepada enam peserta pertanian Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Jalan Kebun.

Mereka merupakan peserta fasa kedua yang memulakan aktiviti pertanian di TKPM sejak April lalu.

My-GAP merupakan antara kriteria minima yang diperlukan bagi memastikan pengeluaran makanan berkualiti dan selamat sebelum dieksport ke Singapura.

Fasa pertama pertanian di tanah berkeluasan beluasan 10.88 hektar bermula pada Mei 2016 dengan enam peserta.

Penambahan kawasan baru seluas 10.48 hektar bermula April 2018 dengan lima peserta.

Setiap peserta diberikan tempoh dua tahun menjalan aktiviti pertanian dengan pilihan untuk menyambung aktiviti selepas ia berakhir.

Kebanyakkan peserta di TKPM sudah mempunyai kawasan pertanian sendiri dan mengembangkan aktiviti di sini.

Hasil tanaman di TKPM turut diedarkan di Pasar Klang dan sekitar Lembah Klang.

Pegawai Pertanian Daerah Klang, Mohd Suhaimi Abdul Hamid sebelum itu memberikan taklimat berhubung fungsi TKPM dalam membantu petani memperluaskan peluang pertanian di Daerah Klang.

Antara tanaman diusahakan di sini adalah Nenas Selangor Sweet, tanaman sayuran, tanaman kontan dan tanaman fertigasi.

Amirudin turut dibawa melawat ladang jagung bagi melihat sendiri perkembangan aktiviti pertanian di TKPM.


Pengarang :