PENDIDIKANSELANGOR

UNISEL perkenal ‘Athlete Academic Track’

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 6 JULAI: Universiti Selangor (UNISEL) memperkenalkan “UNISEL Athlete Academic Track” khas kepada pelajar baharu prasiswazah dan pascasiswazah, pada pengambilan pelajar Jun 2018.

Pengarah Pusat Sukan, Nurul Hanim Mohd Amin berkata, program itu bagi membuka ruang kepada atlet melanjutkan pengajian dengan fleksibiliti tempoh pengajian, kaedah pembelajaran dan penilaian kursus.

“Iai bersifat ‘custom made’ bersesuaian dengan kesibukan jadual latihan dan kejohanan atlet.

“Program ini dibangunkan atas kesedaran dan keprihatinan UNISEL terhadap masa depan kerjaya atlet di Malaysia khususnya,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, atlet Sukan Malaysia, Siti Syafiqah Azmirin berkata, beliau berminat mendaftarkan diri di UNISEL kerana menyimpan hasrat untuk menjadi jurulatih bola sepak, satu hari nanti.

“Semoga dengan kursus yang dipilih ini dapat menjadikan saya seorang jurulatih yang berpendidikan tinggi dan berpengetahuan luas,” katanya.

Pemain bola sepak Selangor United, Noor Azmierul Hakimi Mohd Noor pula berkata, beliau memilih UNISEL kerana institusi itu memberi waktu yang fleksibel kepada atlet.

“UNISEL dapat membantu saya menyeimbangkan waktu belajar dan latihan di luar kelas.

“Dengan melanjutkan pengajian ini diharap dapat membentuk diri saya sebagai atlet berpendidikan tinggi,” katanya yang juga merupakan bekas peserta Mencari Ramli.


Pengarang :