SELANGOR

Agro pelancongan Sekinchan melangkah ‘seantaro’ dunia

OLEH NAZLI IBRAHIM

SEKINCHAN, 24 OGOS: Sebelum 2008, Sekinchan hanya diketahui sebagai sebuah kawasan penanaman padi dan nelayan yang tidak mempunyai sebarang tarikan.

Bagaimanapun Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Sue Lim berkata, kini Sekinchan semakin terkenal sebagai salah satu lokasi agro pelancongan yang menarik minat pelancong dalam dan luar negara.

“Selama beberapa tahun kita bekerja keras transformasikan Sekinchan sebagai satu produk agro pelancongan di Selangor.

“Hari ini, Sekinchan bukan sahaja terkenal dalam kalangan pelancong tempatan tetapi juga sudah melangkah ke ‘seantaro’ dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Dialog Timbalan Menteri Pertanian Sim Tze Tzin Bersama Komuniti Petani dan Nelayan Sekinchan di Kilang Padi PLS Marketing di sini, hari ini.

Sue Lim berkata, berbanding sebelum 2008, setiap minggu Sekinchan menerima ramai pelancong dalam dan luar negara.

Katanya, selain usahanya sendiri, beliau turut memuji peranan dimainkan pelbagai agensi kerajaan, petani dan nelayan.


Pengarang :