NASIONAL

Anwar bayangkan ke Parlimen dua bulan lagi

OLEH AFIX REDZUAN

KLANG, 2 OGOS: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan akan bertanding di peringkat Parlimen dalam tempoh ‘satu atau dua bulan lagi’.

Tanpa memberi bayangan jelas, kenyataan itu memperlihat kesediaan Anwar untuk kembali ke peringkat Persekutuan bagu membantu Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) di Putrajaya.

“Mana tahu, satu, dua bulan (lagi) saya pula bertanding di parlimen.

“Beri sokongan kuat buat Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Bersama Kaum Tiong Huandi Tokong Soh Gui Miao, Taman Saujana Jati, Klang.

Dalam ucapannya juga beliau turut mengingatkan semua wakil rakyat PAKATAN untuk terus bekerja kepada rakyat walaupun dikejutkan dengan tiga pemergian Ahli Dewan Negeri (ADN) di Negeri Selangor.

“Kita sudah tengok bagaimana kuasa rakyat menentukan sejarah baru negara

“Dahulu orang kata sukar nak tukar, sekarang semua sudah bersatu hati untuk bawa perubahan

“Kita mahu kerja jalan. Sokongan rakyat sangat penting dan tapi jangan sambil lewa,” katanya.


Pengarang :