SUKANKINI

ARRC: Zaqhwan terpantas, Azroy cemerlang

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 OGOS: Pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi menguasai sesi latihan bebas SuperSports 600cc pada hari pertama Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) dengan catatan masa terpantas 1’41.306s di Litar Lumba Motor Madras, India, hari ini.

Catatan terbaik pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu mengatasi catatan pelumba Australia, Anthony West (Webike IKAZUCHI Racing) iaitu pendahulu keseluruhan dengan masa terbaik, 1’41.388.

Pelumba muda negara yang juga rakan sepasukan Zaqhwan, Azroy Hakeem Anuar beraksi cemerlang apabila muncul pelumba ketiga terpantas (1’41.677s).

Manakala, seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman mencatat masa ketujuh terpantas (1’41.910s).

“Walaupun masih kepenatan, namun fizikal dan mental saya berada di tahap terbaik setelah pencapaian cemerlang sewaktu saingan Kejuaraan Endurance Dunia Suzuka 8-Hour di Jepun minggu lalu dan momentum itu diteruskan di sini.

“Dari segi jentera, semuanya pada tahap terbaik namun masih boleh dipertingkatkan memandangkan saya masih belum dapat memecah rekod catatan terbaik musim lalu.

“Saya berharap dapat melakukannya esok pada sesi kelayakan dan seterusnya dapat memulakan perlumbaan dari barisan depan,” kata Zaqhwan.

Kategori Asia Production 250cc dikuasai pelumba Indonesia, Rheza Danica Ahrens (Astra Honda Racing Team) dengan catatan terbaik 1’48.030s diikuti Anupab Sarmoon (YAMAHA Thailand Racing TEAM), 1’48.252s dan rakan sepasukan Rheza, Mario Suryo Aji, ketiga (1’48.775s).

Hafiz Nor Azman (CKJ Yamaha Racing Team) muncul pelumba terbaik negara dengan catatan 1’50.070s.

Keputusan Sesi Latihan Bebas

SuperSports 600cc

1 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda 1’41.306s

2 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 1’41.388s

3 Azroy Hakeem Anuar (MAS) Musashi Boon Siew Honda 1’41.677s

4 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1’41.828s

5 Taiga Hada (JPN) Idemitsu Honda Racing India 1’41.838s

6 Decha Kraisart (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1’41.858s

7 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 1’41.910s

Asia Production 250cc

1 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 1’48.030s

2 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1’48.252s

3 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 1’48.775s

4 Reynaldo C. Ratukore (INA) ONEXOX TKKR Racing Team 1’48.853s

5 Andy Muhammad Fadi (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 1’49.510s


Pengarang :