USS Cafee milik Amerika Syarikat
GLOBAL

AS sambung semula latihan tentera di Semenanjung Korea

WASHINGTON 29 OGOS: Amerika Syarikat (AS) akan menyambung semula latihan ketenteraan di Semenanjung Korea yang sebelum ini ditangguhkan sebagai tindakan `berniat baik’ susulan sidang kemuncak antara Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Setiausaha Pertahanan, Jim Mattis berkata, pihaknya kini tidak merancang untuk menangguhkan lagi latihan itu.

Walau bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan sama ada latihan berkenaan yang diadakan bersama-sama sekutunya di rantau itu dan telah mencetuskan kemarahan Pyongyang, akan disambung dalam waktu terdekat ini.

Kami tidak akan berundur lagi. Kita akan melihat bagaimana keputusan rundingan itu nanti,’’ katanya.

SUMBER: AFP


Pengarang :