EKONOMI

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR 7 OGOS: Bursa Malaysia mencatat lantunan daripada kejatuhan semalam untuk dibuka lebih tinggi hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman di Wall Street dan di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 4.95 mata pada 1,784.70 berbanding 1,779.75 penutup Isnin.

Indeks itu dibuka 4.59 mata lebih tinggi pada 1,784.34.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 142 berbanding 80 dengan 143 tidak berubah manakala 1,516 tidak didagangkan dan 19 yang lain digantung.

Sejumlah 93.42 juta saham bertukar tangan bernilai RM34.78 juta.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :