Cub Prix: Izzat azam raih podium di Teluk Intan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Hafizan Taib

Cub Prix: Izzat azam raih podium di Teluk Intan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 31 OGOS: Md Izzat Zaidi Salehan mengakui bukan tugas mudah mencuri kedudukan podium dalam saingan CP150 namun yakin kerja keras sepasukan mampu membawa kejayaan menjelang perlumbaan pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Sabtu dan Ahad ini.

Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu sentiasa mempamer aksi konsisten di kelompok hadapan namun masih gagal memecah monopoli barisan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing dan PETRONAS Spritna Yamaha Maju Motor yang menguasai semua kedudukan podium kecuali tempat ketiga di Jasin sepanjang empat pusingan lalu.


Izzat kini menghuni tangga keenam keseluruhan dengan 34 mata, 56 mata di belakang pendahulu, Ahmad Afif Amran.

“Saya perlu mengkaji di mana kelemahan sewaktu di litar kerana jika diukur dari kepantasan jentera, kami tidak ketinggalan jauh berbanding pasukan lain dan kami bertiga sentiasa menempatkan diri dalam kelayakan Superpole.

“Walaupun pelumba kedua-dua pasukan itu begitu mendominasi saingan namun tidak ada yang mustahil dalam perlumbaan seperti ini,” kata Izzat.

Beliau berkata, perlumbaan juga sudah memasuki pertengahan musim dan yakin semua pasukan sudah mula mencapai tahap terbaik mereka.

“Pastinya perlumbaan di Teluk Intan minggu ini menjadi semakin sengit,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next