GLOBALNASIONAL

Dr Mahathir dukacita kematian Kofi Annan

KUALA LUMPUR 19 OGOS: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau dukacita atas kematian bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan.

“Saya berdukacita apabila mengetahui tentang kematian Kofi Annan, bekas setiausaha agung PBB. Semoga rohnya memperoleh ketenangan,” menurut catatan Dr Mahathir menerusi Twitter.

Annan, pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2001 dilaporkan meninggal pada usia 80 tahun selepas uzur beberapa ketika.

“Dengan rasa dukacita Yayasan Kofi Annan dan seluruh ahli keluarga mengumumkan bekas Setiausaha Agung PBB dan pemenang Nobel Keamanan meninggal dunia, hari ini, 18 Ogos selepas mengadu sakit,” kata yayasan itu dalam satu kenyataan AFP

Annan, warga negara Ghana, meninggal dunia di hospital di Bern, Switzerland, kata dua individu yang rapat dengan mendiang.

Beliau yang dilahirkan di Ghana berkhidmat sebagai setiausaha agung PBB dari 1997 hingga 2006.


Pengarang :