NASIONAL

Dua acara rasmi sempena ulang tahun Agong dibatalkan – Istana Negara

KUALA LUMPUR 30 OGOS: Dua acara bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V iaitu Istiadat Hari Keputeraan Rasmi dan Jamuan Teh Diraja yang dijadual pada 9 September depan di Istana Negara telah dibatalkan.

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan malam ini.

Wan Ahmad Dahlan berkata, Sultan Muhammad V telah menitahkan agar peruntukkan perbelanjaan bagi kedua-dua acara rasmi berkenaan dikembalikan semula kepada kerajaan untuk disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia.

“Manakala acara-acara rasmi sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda yang lain tetap diteruskan seperti mana yang telah dirancang.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri yang telah merancang acara-acara rasmi sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda bagi tahun 2018,” katanya.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :