Dunia | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Dunia

Sebuah dunia
sudah begitu tua
sarat mengendong bebanan cerita
antara pahala dan dosa bergelandangan

insan bertebaran mencetak mimpi-mimpi
lena di kamar duniawi
hanya sedikit yang dihanyuti iman
dan selebihnya karam di lautan perasaan

Dunia hanya mampu melihat
kesombongan melewati akal fikiran
menjadi buta dan bisu
hanya sekadar menghulur simpati


terbelenggu menunggu ajal tiba
tiada lagi kesempatan menabur budi
apabila dunia enggan lagi berbicara
dengan reda menuju ke pusara
pulang ke daerah asal
ditiupan nafiri yang panjang…

Edin Hud Hud
Cheras Kuala Lumpur.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next