SUKANKINI

EPL: Wolverhampton cipta kejutan ikat Man City 1-1

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 26 OGOS: Pendatang baru Liga Perdana Inggeris musim 2018/19, Wolverhampton Wanderers mencipta kejutan apabila mengikat penyandang juara liga Manchester City 1-1.

Tanpa jaringan di babak pertama, tuan rumah membuka jaringan menerusi jaringan kontroversi Willy Boly pada minit ke-57.

Berpunca daripada hantaran Joao Mourtinho ke tengah kotak penalti, Boly pantas merebahkan badan untuk menampan bola secara tidak sengaja menggunakan tangan dan terus menerjah gawang dikawal penjaga gol City, Ederson.

Bagaimanapun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Aymeric Laporte menyamakan kedudukan 1-1 selepas menanduk masuk sepakan percuma Ilkay Gundogan pada minit ke-69.

City terlepas tiga peluang terbaik untuk menambah jaringan termasuk di minit akhir permainan menerusi sepakan percuma Sergio Aguero yang singgah di palang gol.

Ini merupakan kali pertama skuad bimbingan Pep Guardiola melepaskan mata sejak Februari lalu dalam aksi di tempat lawan.

 


Pengarang :