BERITA UTAMAPELANCONGANSELANGOR

Festival Kesenian Orang Asal Antarabangsa Selangor 2018 tonjol kelainan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 4 OGOS: Festival Kesenian Orang Asal Antarabangsa Selangor 2018 dijangka menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung dalam dan luar negara.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, festival dua hari yang dilangsungkan di Taman Botani Negara Shah Alam itu memberi kelainan berbanding segmen tarikan pelancongan sedia ada.

“Ini tahun keempat kita anjurkan dan semakin mendapat sambutan daripada sudut penyertaan dan aktivitinya juga bertambah menarik.

“Tujuan akhirnya untuk memperkenalkan Selagor sebagai salah satu destinasi pelancongan di mana kita bukan sahaja ada pelancongan di sudut komersial tetapijuga tarikan lain seperti tradisi yang tidak dijangkakan pelancong ada di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah di festival penuh keunikan itu.

Amirudin berkata, Selangor mempunyai kaum asal yang unik seperti Mahmeri yang giat diperkenalkan kepada dunia.

Katanya, festival seperti ini membuka mata pelancong untuk melihat penempatan asal Orang Asal di Selangor secara langsung.

“Saya sangat gembira dengan festival ini, lebih-lebih lagi dengan keberangkatan DYTM Raja Muda di mana baginda mengambil masa yang lama di sini untuk melihat sendiri kesemua segmen yang ada,” katanya.


Pengarang :