Filem Hantu Kak Limah kutip hampir cecah RM30 juta | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Filem Hantu Kak Limah kutip hampir cecah RM30 juta

KUALA LUMPUR 25 OGOS: Filem Hantu Kak Limah terus memecah rekod apabila menghampiri angka kutipan RM30 juta.

Menurut kenyataan terbaharu Astro Shaw, filem itu kini mencatat kutipan RM27.5 juta hanya selepas 15 hari tayangan.

Ia sekali gus menjadikannya filem tempatan dengan kutipan tertinggi setakat ini, melepasi jangkaan awal iaitu RM25 juta.


Hal itu disokong oleh jalan cerita yang menarik, di samping masa tayangan yang bertepatan dengan musim perayaan dan cuti sekolah.

Astro Shaw dalam kenyataannya memberitahu, sokongan jitu rakyat Malaysia terhadap filem itu adalah di luar dugaan, namun cukup berbangga dengan pencapaian filem arahan Mamat Khalid itu.

“Hantu Kak Limah bukan sahaja menjadi penanda aras baharu dari segi jumlah kutipan, tetapi juga membuktikan adanya harapan terhadap industri perfileman tempatan,” kata kenyataan itu.

Hantu Kak Limah masih ditayangkan di 147 buah panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei.

SUMBER: ASTRO AWANI

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next