GLOBAL

Gempa bumi kuat skala 6.1 gegar Iran

TEHRAN 26 OGOS: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud berlaku kira-kira 88 kilometer ke barat barat laut Kermanshah di barat Iran awal hari ini, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gegaran cuma 9.6 kilometer dalam dan dirasakan sehingga ke Baghdad, menurut televisyen Iraq.

Media tempatan Iran melaporkan beberapa bangunan runtuh dan pesakit cedera dikejarkan ke hospital.

Media sosial juga memuatnaik keadaan selepas gempa bumi yang melanda di kawasan berkenaan yang belum disahkan kesahihan sumbernya.

Pada November lalu, kawasan gempa itu menyebabkan kira-kira 600 terkorban dan ratusan lain cedera.


Pengarang :