GLOBAL

Harley-Davidson rancang pindah lokasi, Trump sokong boikot

WASHINGTON, 13 OGOS: Rancangan Harley-Davidson memindahkan lokasi pengeluarannya ke luar negara ekoran dikenakan kenaikan tarif menjadi sasaran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menyokong tindakan memboikot syarikat itu.

“Ramai pemilik @harleydavidson bercadang untuk memboikot syarikat itu, jika pengeluarannya dipindahkan ke luar negara. Bagus!

“Kebanyakan syarikat sudah mula mengikut jejak langkah kami, termasuk syarikat pesaing Harley. Ia satu tindakan yang salah” kata Trump menerusi ciapannya di Twitter.

Harley-Davidson bertindak demikian selepas terkesan dengan beberapa kadar duti yang ketat terhadap import besi dan aluminium dari Kesatuan Eropah.

Malah, beberapa syarikat di Amerika Syarikat turut mengemukakan aduan bahawa perniagaan mereka terjejas berikutan pelaksanaan beberapa dasar tarif oleh pentadbiran Trump.

Bagaimanapun, Trump menganggap isu itu sebagai satu bentuk ujian kesetiaan mereka terhadap negara. – AFP

Kredit Foto – St. Louis Post-Dispatch


Pengarang :