NASIONAL

Johari Abdul dilantik Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 6 OGOS : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PAKATAN) sebulat suara memilih Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul selaku Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan.

Ketua Setiausaha PAKATAN, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pilihan itu dibuat pada Majlis Presiden PAKATAN yang bersidang, pada 2 Ogos lalu.

Terdahulu, Johari adalah Timbalan Ketua Whip KEADILAN dari 2008 hingga 2013.

Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan Pegawai Kanan Kerajaan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Gurun, Kedah.

Beliau mempunyai Ijazah Sarjana dalam Pengajian Strategik dari Universiti of Lancaster.


Pengarang :