PBTSELANGOR

Jom meriahkan Karnival Kemerdekaan MPSJ

OLEH SHEEDA FATHIL

SUBANG JAYA, 19 OGOS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengajak orang ramai untuk memeriahkan sambutan Karnival Kemerdekaan MPSJ 2018 yang diadakan pada 26 Ogos ini.

Karnival itu diadakan seawal jam 7.30 pagi hingga 12 tengah hari bertempat di Perkarangan Arena, MPSJ.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan antaranya adalah MPSJ Merdeka Fun Walk, Pertandingan Soccer Kids, MPSJ Merdeka Fun Ride dan pelbagai jenis sukan tradisional.

Selain itu, turut diadakan aktiviti ‘indoor’ antaranya seperti pertandingan gubahan manisan, tutorial tudung dan pertandingan mewarna.

Pameran kesihatan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma turut diadakan dengan kerjasama bersama Pusat Perubatan Sunway.

Menariknya, pada hari berkenaan turut diadakan Eco Freemarket iaitu pengunjung berpeluang mengambil apa sahaja barangan seperti pakaian dan barangan elektrik dengan syarat anda harus membawa beg sendiri serta berbaris dengan penuh beradab.

Selain itu, demi menggalakkan bumi bebas daripada asap kenderaan, MPSJ turut mengadakan Hari Tanpa Kenderaan pada hari tersebut.

Pada masa sama, MPSJ menggalakkan kepada anda semua untuk hadir memeriahkan suasana dengan berpakaian bertemakan Bulan Kemerdekaan dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai.

Untuk keterangan lanjut sila layari laman Facebook Majlis Perbandaran Subang Jaya atau Twitter MPSubangJaya.


Pengarang :