NASIONAL

Ketenteraan Malaysia paling lemah di Asia Tenggara

SHAH ALAM, 9 OGOS: Malaysia memiliki kekuatan tentera paling lemah di Asia Tenggara, jauh ketinggalan berbanding Vietnam serta Indonesia.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, keadaan itu sama sekali berbeza, pada era 70-an ketika kuasa ketenteraan Malaysia terkuat di rantau ini.

“Kedudukan laut, udara dan sebagainya, di Asia Tenggara, kita berada di tempat yang paling bawah.

“Malu kita, kalau pergi ke peringkat antarabangsa, justeru saya akan berusaha menjadikan Malaysia hebat kembali kepada kedudukan nombor satu,” katanya pada sesi soal jawab, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Port Dickson, Danyal Balagopal Abdullah berhubung kekangan pasukan keselamatan dari aspek campur tangan kementerian dan peruntukan.

Pada masa sama, Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara mengakui pasukan keselamatan tidak mempunyai peruntukan mencukupi.

Katanya, kerajaan hanya memperuntukkan RM1.2 bilion atau 62 peratus daripada jumlah yang dipohon.


Pengarang :