NASIONAL

Mahadzir Lokman meninggal dunia

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 3 OGOS: Pengacara terkemuka tanah air, Datuk Mahadzir Lokman dilaporkan meninggal dunia, awal pagi tadi.

Memetik laporan portal Astro Awani, perkara itu disahkan adik Mahadzir, Ida Lokman ketika dihubungi.

Difahamkan, Mahadzir meninggal dunia selepas menunaikan sembahyang subuh di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah.

Bagaimanapun, punca kematian masih belum dapat dikenal pasti.


Pengarang :