SELANGOR

MB, Anwar hadiri majlis tahlil Allahyarham Shuhaimi

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 1 OGOS: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menghadiri majlis bacaan tahlil untuk Allahyarham Shuhaimi Shafiei di Setia Alam di sini, malam tadi.

Majlis bacaan tahlil diketuai calon Pakatan Harapan (PAKATAN), Mohd Zawawi Ahmad Mughni itu turut dihadiri pimpinan PAKATAN lain termasuk Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri.

Mohd Zawawi turut menyampaikan tazkirah ringkas dalam majlis diadakan di rumah milik keluarga Shuhaimi itu.

Majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah itu kemudian disertai Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Shuhaimi.

Shuhaimi, 50, penyandang ADN Sungai Kandis, meniggal dunia akibat kanser limfoma, 2 Julai lalu.

Berikutan itu, pilihan raya kecil (PRK) DUN kawasan berkenaan akan diadakan 4 Ogos ini.

Ia menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mohd Zawawi dan calon Barisan Nasional, Datuk Lokman Noor Adam serta calon BEBAS, K Murthy.


Pengarang :