SUKANKINI

MB jumpa atlet Selangor di Jakarta

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 28 OGOS: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkesempatan meluangkan masa bertemu atlet Selangor dan Malaysia di Perkampungan Sukan Asia Jakarta-Palembang di Jakarta, semalam.

Amirudin melalui twitternya berkata, beliau turut bertemu pasukan bola baling, golf, bola keranjang, hoki dan basikal.

“Saya juga dibawa melawat klinik dan kafe team Malaysia sekali gus memberi kata-kata semangat buat mereka,” tulisnya.

Amirudin juga sempat menzahirkan ucapan tahniah buat Ratu Skuasy Negara, Datuk Nicol David setelah berjaya merangkul pingat emas ketujuhnya di Sukan Asia 2018.

“Akhirnya kemenangan milik Nicol walau dicabar hebat oleh Sivangari yang baru 17 tahun.

“Prospek skuasy wanita Malaysia bercahaya dengan kemunculan pelapis seperti Sivangari dan We Wern,” tulis Amiruin lagi.

Pada Sukan Asia 2018 kali ini, Malaysia menghantar seramai 426 atlet untuk bersaing dalam 34 jenis sukan yang dipertandingkan pada acara yang berlangsung di Jakarta dan juga Palembang itu.


Pengarang :