SELANGOR

MBSA tutup jalan sempena Hari Kemerdekaan ke-61

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 13 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup jalan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor ke-61, pada 31 Ogos ini.

MBSA menerusi kenyataan berkata, penutupan sementara jalan itu membabitkan Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), bagi memberi laluan terhadap kerja persiapan dan semasa acara berlangsung.

Katanya, jalan ditutup bermula 24 Ogos (Jumaat) hingga 31 Ogos (Jumaat), dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam.

“Sehubungan itu, MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh masa berkenaan, untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Orang ramai turut dinasihati sentiasa mematuhi arahan dari semasa ke semasa yang diberikan MBSA.

“MBSA juga memohon pengguna jalan raya memberi kerjasama dan menggunakan jalan alternatif menuju ke destinasi yang hendak ditujui,” katanya.


Pengarang :