SELANGOR

MBSA tutup sementara Jalan Persiaran Bandaraya

SHAH ALAM, 27 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sementara Jalan Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan) sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor Ke-61, pada 31 Ogos ini.

Ketua Bahagian Korporat & Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, jalan tersebut ditutup mulai 24 Ogos hingga 31 Ogos 2018 12.00 tengah malam untuk kerja-kerja persiapan dan semasa acara berlangsung.

“MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh tersebut untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, MBSA juga memohon pengguna jalan raya memberikan kerjasama menggunakan jalan alternatif menuju ke destinasi yang hendak ditujui.


Pengarang :