NASIONAL

Penglibatan anggota keselamatan meriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2018

OLEH AFIX REDZUAN

PUTRAJAYA, 31 OGOS: Sejumlah 2,450 orang anggota keselamatan negara menyertai acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2018 yang dilangsungkan di Dataran Putrajaya.

Mereka terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seramai 2,050 orang, Polis Diraja Malaysia (PDRM), 2,000 orang serta Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) 400 orang.

Sejumlah 68 unit aset udara turut menyertai acara sambutan Hari Kebangsaan yang melibatkan 21 helikopter, 18 pesawat pejuang, 16 pesawat latihan serta 13 pesawat pengangkut ATM.

PDRM mendahului senarai penglibatan tertinggi aset kenderaan dengan jumlah 183 diikuti ATM 103, Konvoi Kembara Merdeka 58, Bomba 56 serta tujuh dari APMM.

Kontinjen Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang diketuai Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman disertai 133 peserta dengan penglibatan 38 motosikal berkuasa tinggi dan 20 buah kenderaan Jabatan Penerangan Malaysia, Agensi Kerajaan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO).

 


Pengarang :