SELANGORSUKANKINI

Perluas sukan PeBT ke kampung tradisi pupuk perpaduan akar umbi

OLEH AFIX REDZUAN

GOMBAK, 25 OGOS: Kerajaan Negeri sentiasa menyokong segala bentuk penganjuran aktiviti bagi melahirkan bakat baru dalam bidang sukan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham berkata, program seperti ini pelu diperluaskan termasuk di peringkat kampung tradisi bagi memupuk perpaduam dalam kalangan belia.

 

“Kejohanan futsal terbuka memang inisatif yang baik bagi mencungkil bakat baru di peringkat akar umbi.

“Kita mahu melahirkan modal insan dan yang sihat dan produktif. Dalam kalangan masyuarakat sukan-sukan seperti sebagai muafakat dan perpaduan.

“Inisiatif yang baik ini wajar diteruskan dan dipergiat bukan sahaja peringkat tempatan dalam kalangan kampung tradisi,” katanya.

 

Hilman sebelum itu menyempurnakan sepakan penalti sebagai simbolik perasmian Pesta Sukan Gen-S PeBT Peringkat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Kompleks Futsal Sinamax, Sri Gombak.

Selain futsal, pesta sukan itu turut mempertandingkan acara bola jaring, bola keranjang dan sepak takraw yang menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 untuk juara, RM600 naib juara sementara RM300 bagi tempat ketiga serta keempat.

 


Pengarang :