SELANGOR

Plaza Tol Bukit Raja dibuka semula pagi tadi

SHAH ALAM 25 OGOS: Plaza Tol Bukit Raja, Klang di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) telah dibuka kepada kenderaan sejak jam 4 pagi tadi.

Ia susulan kerja-kerja pembersihan bumbung plaza tol berkenaan yang bertaburan di lebuh raya itu selesai dilakukan pihak PLUS Malaysia.

Jurucakap PLUS Malaysia ketika dihubungi berkata, plaza tol berkenaan boleh dilalui oleh semua kenderaan dan pihaknya akan membaiki bumbung plaza yang roboh berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam tadi plaza tol berkenaan ditutup kepada semua kenderaan selepas sebahagian bumbungnya runtuh akibat dipukul ribut.

Siasatan awal PLUS mendapati tiada kecederaan dilaporkan sama ada melibatkan kakitangan atau pengguna lebuh raya di plaza tol terbabit.

SUMBER: KOSMO!


Pengarang :